Saturday, February 27, 2010

Sibuk Satu Keperluan atau Kehendak

Sepanjang minggu berada di kampus nilai aku semakin sibuk dengan aktiviti-aktiviti kolej dan juga pelajaran. memang susah nak bahagikan masa antara belajar dan aktiviti yang perlu diuruskan. tapi aku yakin dan percaya aku mampu lakukan. ala, baru sibuk sikit kan..sebenarnya sibuk nie satu keperluan ke kehendak eh? tapi bagi aku dua-dua. Ianya satu keperluan aku. Kalau tak sibuk bosan hidup tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat dan ianya menjadi keperluan. 
Kalau dari segi kehendak pulak. Ye memang aku inginkan. satu platform untuk aku bekerja dalam satu organisasi. Memang susah jugak kadang-kadang bila tak sependapat tapi aku pikirkan positif.

Aku suka keadaan yang sibuk (walaupun kadang-kadang tido tak cukup) tapi dengan melakukan sesuatu aku tidak akan memikirkan perkara yang remeh temeh.aku suka kan keadaan begitu. Semester ini agak mecabar lebih mencabar berbanding dulu.

Semester dulu pun result aku cukup-cukup je 3.pointer. Alhamdulilah aku bersyukur sekurang2nya aku masih ditahap selamat tapi bukan bermakna aku tidak perlu melakukan apa-apa untuk menaik kan balik pointer aku. Teruk sangat jatuh pada semester 3.

Semester ini aku berazam untuk menaikkan semula pointer aku.aku cuba yakinkan diri aku yang aku mampu. terus terang, aku katakan hampir kesemua subject semester ini begitu mencabar, mencabar dari segi pembelajaran nya dan juga peperiksaan. Ya Allah berjayakanlah hambaMu ini di Dunia dan di Akhirat.

Sahabat ku pernah berkata bahawa sesibuk mana pun kita kembalilah kepada Allah. sewajibnya kita peruntukan masa kita kepada Allah. Dekatkan diri dengan Allah Supaya Allah permudahkan segala perjalanan serta pekerjaan kita.


Ye. Memang betul dan tepat sekali. Sesibuk mana pun kita apabila kita berdoa kepada Allah dan mendekatkan diri kepada Allah perjalanan pekerjaan kita semakin bertambah mudah.

Aku bermohon kepada Allah supaya aku tidak menjadi seorang manusia yang alpa mengejar cita-cita duniaserta aku bermohon Ya Allah agar aku tidak berpaling dari agamaMu ya Allah

Aminnn...!








Friday, February 26, 2010

Terkejut Ana!

Terkejut ana! terkejut ana! itulah kata2 yang dilemparkan kepada aku oleh salah sorang siswa. aku tak paham ape yang cuba si dia ingin sampaikan kepadaku..tapi sudah pasti dia tidak percaya bahawa aku ini memegang jawatan Biro Pembangunan Insan untuk Kolej Kediaman ku..tapi yang pastinya aku betul2 berasa hati walaupun aku cuba sedapkan hati..

Ye.. aku sedar aku tak layak memegang jawatan itu..siapalah aku ni..BPI seharusnya di pegang oleh orang2 yang siqhah, baik, alim,bertudung labuh, baik pekertinya, lembut tutur bicaranya kalau dari segi itulah nilaian nya aku nie bagai bumi dengan langit jauh bezanya..aku tidak punyai ciri-ciri yang disebutkan..LANGSUNG TAK DA.cakaplah ape je perbuatan yang tak pernah aku lakukan dari bercouple bercakap telefon, macam2 lagi.

Pada awal aku diumumkan yang aku bakal memegang jawatan ni hati aku berdebar sangat rasa nak nangis pun ada..layakkah aku? banyak lagi kekurangan aku aku nak jadi contoh pada yang lain? aku?? aku betul2 rasa berat kerana aku tahu dimana tahap diriku yang sebenar..Ya Allah besarnya tanggungjawab nie..walaupun hanya sekadar di kolej kediaman tapi itu sudah cukup membuatkan aku risau..aku risau sekiranya aku tidak mampu menjalankan amanah yang telah diberikan..aku perlukan seseorang untuk  mentarbiahkan diri aku...benarkah ini satu pentarbiahan dari Allah untuk ku? Ya..aku perlu berubah aku terlalu jauh aku dari-Nya..Ya Allah bantulah hambaMu ini dalam mengapai Hidayah dariMu..

Terima kasih sahabat2ku terutamanya roomate aku SAKINAH. thanks a lots. selama aku duduk satu bilik dengan nya aku betul2 merasa solat berjemaah baca quran selalu zikir selepas solat aku dulu jauh bezanya dulu aku jarang melakukan perkara2 yang mendekatkan diri dengan Allah..alhamdulilah aku bersyukur kepada Allah kerana masih membuka pintu hidayah untuk ku untuk berubah aku tinggalkan perkara yang boleh melalaikan aku kepada Allah.. Ya Allah tetapkanlah hatiku hindarilah aku dari perkara yang merosak kan agamuku Ya Allah..aku benar2 mengharapkan hidayah serta petunjuk dari Mu ya Allah..

Suatu hari sahabatku telah menunjukkan satu kiriman mms dari sahabatnya tentang CINTA.mms itu di iringi dengan ayat2 cinta serta kata2 yang betul2 menyentuh kalbu serta hatiku betul2 membuatkan aku berazam tidak mahu lagi terjebak dengan perkara2 sebegitu lagi. 

"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga Allah.
Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya
kerana Allah teramat mencintainya.
Tetapi andai kta bergelumang dengan cinta lelaki
Dimana Allah untuk menjaga kita?
Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia
Yang lebih banyak MENGECEWAKAN kita
" Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkan 
cinta seorang LELAKI
Bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijaga oleh-Nya
Mengapa masih ragu2?
kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari"
Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan..
Sebesar2 dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita 
rasa berdosa melakukan nya
-Imam Ghazali-

Ukhitku aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian ukhtiku aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan beri melihat tawamu dalam pengkhianatan.Aku bangga andai dikau mati dalam medan kebenaran dari hidup dalam kesesatan kerana jangan lupa ukhtiku.. Muliamu bukan pada pangkat dan harta tapi kerana ISLAM.
Begitulah ayat2 didalam kiriman mms itu yang membuatkan aku benar2 sedar dan insaf aku SAMA SEKALI TIDAK AKAN MENDEKATI LAGI PERBUATAN ITU. itu azam aku pada diri ku aku mampu berubah kerana aku benar2 mengharapkan penjagaan Allah yang tak ternilai..Ya Allah kuatkan hatiku jauhkan aku dari godaan syaitan serta musuh2 Mu ya Allah..Aku benar2 mengharapkan cinta Mu ya Allah.

Sungguh indah nama yang diberikan oleh ibu dan ayahku Nur 'Afifah yang membawa maksud "cahaya kesucian". dan seharusnya pemegang nama ini mestilah suci.suci hatinya. sucikan hati agar dapat merasai manisnya iman.  

Buat mak dan abah terima kasih ayang ucapkan kerana melahir serta mendidik ayang dengan penuh didikan agama Mak, Abah maafkan ayang kerana ayang banyak berdosa dengan mak dan abah.  mak, abah maafkan ayang kerana selalu bantah cakap mak abah ayang sedar mak dan abah nak yang terbaik untuk ayang mak abah terima kasih kerana hantar ayang ke sekolah agama mak abah terima kasih kerana sanggup berusah payah untuk menghantar ayang ke Universiti mak abah ayang akan buktikan pada mak abah yang ayang akan berjaya mak abah ayang akan buktikan pada sedara mara kita bahwa pengajian agama bukan lah lekeh seperti yang didakwa mereka.mak abah doakan kejayaan ayang mak abah MAK DAN ABAHLAH IBU BAPA TERBAIK DI DUNIA NI AYANG BERSYUKUR KERANA MEMILIKI IBU BAPA YANG BENAR2 CINTAKAN ISLAM.

Buat sahabat seperjuangan ku Maza, Fina, Suha, Kak Nik  terima kasih diucapka pada kalian kerana banyak membantu dalam usaha mengerakkan dakwah. aku benar2 berharap agar kalian dapat membimbing aku ke jalan yang benar...

YA ALLAH, Kau limpahkanlah rahmat dan kasih sayang Mu terhadap insan2 ini Ya Allah..








 












Friday, December 18, 2009

Cuti Cuti ku

Nampaknya dah lama aku tidak menulis. kali terakhir bulan oktober..huh sibuk dgn peperiksaan yang memerlukan aku untuk berjuang mengadap buku2 note2 dan menghafal. sudah berhabuk laptop hehe tak disentuh. bile dah cuti sibuk pulak dengan kerja2 di rumah cuti nie aku banyak habiskan masa ku bermain game kesukaan ku dan hobiku sejak dulu lagi hehe game game n game. Selain tue jugak aku banyak belajar memasak..hehe al maklumlah dah besar "dah bleh kawen" la kata mak.hehe. Cuti nie paling banyak aku masuk dapur walaupun lewat tapi sekurang2nya hidangan tgahri mesti ada lauk yang ku masak walaupun hanya ikan yang aku goreng haha..tapi xpela as long as aku masuk gak dapur..Erm lagi seminggu je cuti.Result pon xkuar lagi apela yang aku dapat huh..aku dah baut perancangan dalam cuti2 ku yang akan datang hehehe 

1. Cuti Semester 4 ( 3 Bulan )- Ambil lesen kereta.
2. Cuti Semester 5 ( 1 Bulan )- Belajar menjahit 
3. Cuti Semester 6 ( 3 Bulan )- Belajar Memasak dan Bisness Dadih hehe
4. Cuti Semester 7 ( 1 Bulan )- 
5. Cuti Semester 8 ( 3 Bulan )-
6. Cuti Semester 9 ( 1 Bulan )- 
7. Cuti Semester 10               - rasanya dah bis balaja..

hehe itulah perancangan cuti aku untuk cuti semster yang akan datang selebihnya akan di isi kemudian hehe..
tak tahula jadi ke tak manusia hanya merancang Allah yang menentukan.hehehe..







Sunday, October 11, 2009

Lirik Lagu Nasyid Redha In-Team

nie ada satu lirik lagu best nak share..
aku nie bukan kaki nasyid tp tak taula
lagu nie tetap jd pilihan aku sangat menyentuh
tak seperti lagu nasyid yang lain
aku sharekan lirik dia sbg penghayatan bersama :)

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Lagu: Syah Inteam & Salleh Brothers
Lirik: Lukman S
Susunan muzik: Along Exist

Satu Permulaan







salam alhamdulilah ini kali pertama aku menulis untuk blog aku..sebenarnya aku sendiri pun tak pandai menulis tapi entah kenapa hari ini aku rasa terpanggil untuk menulis..mungkin ada sesuatu yang memanggil aku untuk menulis..
nampaknya aku berjaya walaupun aku nie taklah pandai sangat menulis..huhu..ape2pon ini tulisan pertama aku..aku harap aku dpt menulis banyak lagi hehe..

hehe ada banyak lagi yang perlu aku balaja nih huhu 'kurang pandainya' aku.hehe nak change template pun aku x reti lagi adoiii..hehe

takpelah kehidupan bermula dari satu kesilapan dan perubahan heheh manelah tahu bile aku dah pandai nanti blehla aku tukar bnyak2..hehehe

anyway blog nie saja suka2..untuk aku menulis catatan diari aku xminta untuk dibaca oleh semua tapi kalau nak baca silakan..hehe

nothing special... ;)