Friday, February 26, 2010

Terkejut Ana!

Terkejut ana! terkejut ana! itulah kata2 yang dilemparkan kepada aku oleh salah sorang siswa. aku tak paham ape yang cuba si dia ingin sampaikan kepadaku..tapi sudah pasti dia tidak percaya bahawa aku ini memegang jawatan Biro Pembangunan Insan untuk Kolej Kediaman ku..tapi yang pastinya aku betul2 berasa hati walaupun aku cuba sedapkan hati..

Ye.. aku sedar aku tak layak memegang jawatan itu..siapalah aku ni..BPI seharusnya di pegang oleh orang2 yang siqhah, baik, alim,bertudung labuh, baik pekertinya, lembut tutur bicaranya kalau dari segi itulah nilaian nya aku nie bagai bumi dengan langit jauh bezanya..aku tidak punyai ciri-ciri yang disebutkan..LANGSUNG TAK DA.cakaplah ape je perbuatan yang tak pernah aku lakukan dari bercouple bercakap telefon, macam2 lagi.

Pada awal aku diumumkan yang aku bakal memegang jawatan ni hati aku berdebar sangat rasa nak nangis pun ada..layakkah aku? banyak lagi kekurangan aku aku nak jadi contoh pada yang lain? aku?? aku betul2 rasa berat kerana aku tahu dimana tahap diriku yang sebenar..Ya Allah besarnya tanggungjawab nie..walaupun hanya sekadar di kolej kediaman tapi itu sudah cukup membuatkan aku risau..aku risau sekiranya aku tidak mampu menjalankan amanah yang telah diberikan..aku perlukan seseorang untuk  mentarbiahkan diri aku...benarkah ini satu pentarbiahan dari Allah untuk ku? Ya..aku perlu berubah aku terlalu jauh aku dari-Nya..Ya Allah bantulah hambaMu ini dalam mengapai Hidayah dariMu..

Terima kasih sahabat2ku terutamanya roomate aku SAKINAH. thanks a lots. selama aku duduk satu bilik dengan nya aku betul2 merasa solat berjemaah baca quran selalu zikir selepas solat aku dulu jauh bezanya dulu aku jarang melakukan perkara2 yang mendekatkan diri dengan Allah..alhamdulilah aku bersyukur kepada Allah kerana masih membuka pintu hidayah untuk ku untuk berubah aku tinggalkan perkara yang boleh melalaikan aku kepada Allah.. Ya Allah tetapkanlah hatiku hindarilah aku dari perkara yang merosak kan agamuku Ya Allah..aku benar2 mengharapkan hidayah serta petunjuk dari Mu ya Allah..

Suatu hari sahabatku telah menunjukkan satu kiriman mms dari sahabatnya tentang CINTA.mms itu di iringi dengan ayat2 cinta serta kata2 yang betul2 menyentuh kalbu serta hatiku betul2 membuatkan aku berazam tidak mahu lagi terjebak dengan perkara2 sebegitu lagi. 

"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga Allah.
Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya
kerana Allah teramat mencintainya.
Tetapi andai kta bergelumang dengan cinta lelaki
Dimana Allah untuk menjaga kita?
Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia
Yang lebih banyak MENGECEWAKAN kita
" Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkan 
cinta seorang LELAKI
Bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijaga oleh-Nya
Mengapa masih ragu2?
kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari"
Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan..
Sebesar2 dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita 
rasa berdosa melakukan nya
-Imam Ghazali-

Ukhitku aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian ukhtiku aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan beri melihat tawamu dalam pengkhianatan.Aku bangga andai dikau mati dalam medan kebenaran dari hidup dalam kesesatan kerana jangan lupa ukhtiku.. Muliamu bukan pada pangkat dan harta tapi kerana ISLAM.
Begitulah ayat2 didalam kiriman mms itu yang membuatkan aku benar2 sedar dan insaf aku SAMA SEKALI TIDAK AKAN MENDEKATI LAGI PERBUATAN ITU. itu azam aku pada diri ku aku mampu berubah kerana aku benar2 mengharapkan penjagaan Allah yang tak ternilai..Ya Allah kuatkan hatiku jauhkan aku dari godaan syaitan serta musuh2 Mu ya Allah..Aku benar2 mengharapkan cinta Mu ya Allah.

Sungguh indah nama yang diberikan oleh ibu dan ayahku Nur 'Afifah yang membawa maksud "cahaya kesucian". dan seharusnya pemegang nama ini mestilah suci.suci hatinya. sucikan hati agar dapat merasai manisnya iman.  

Buat mak dan abah terima kasih ayang ucapkan kerana melahir serta mendidik ayang dengan penuh didikan agama Mak, Abah maafkan ayang kerana ayang banyak berdosa dengan mak dan abah.  mak, abah maafkan ayang kerana selalu bantah cakap mak abah ayang sedar mak dan abah nak yang terbaik untuk ayang mak abah terima kasih kerana hantar ayang ke sekolah agama mak abah terima kasih kerana sanggup berusah payah untuk menghantar ayang ke Universiti mak abah ayang akan buktikan pada mak abah yang ayang akan berjaya mak abah ayang akan buktikan pada sedara mara kita bahwa pengajian agama bukan lah lekeh seperti yang didakwa mereka.mak abah doakan kejayaan ayang mak abah MAK DAN ABAHLAH IBU BAPA TERBAIK DI DUNIA NI AYANG BERSYUKUR KERANA MEMILIKI IBU BAPA YANG BENAR2 CINTAKAN ISLAM.

Buat sahabat seperjuangan ku Maza, Fina, Suha, Kak Nik  terima kasih diucapka pada kalian kerana banyak membantu dalam usaha mengerakkan dakwah. aku benar2 berharap agar kalian dapat membimbing aku ke jalan yang benar...

YA ALLAH, Kau limpahkanlah rahmat dan kasih sayang Mu terhadap insan2 ini Ya Allah..








 












No comments:

Post a Comment