Saturday, February 27, 2010

Sibuk Satu Keperluan atau Kehendak

Sepanjang minggu berada di kampus nilai aku semakin sibuk dengan aktiviti-aktiviti kolej dan juga pelajaran. memang susah nak bahagikan masa antara belajar dan aktiviti yang perlu diuruskan. tapi aku yakin dan percaya aku mampu lakukan. ala, baru sibuk sikit kan..sebenarnya sibuk nie satu keperluan ke kehendak eh? tapi bagi aku dua-dua. Ianya satu keperluan aku. Kalau tak sibuk bosan hidup tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat dan ianya menjadi keperluan. 
Kalau dari segi kehendak pulak. Ye memang aku inginkan. satu platform untuk aku bekerja dalam satu organisasi. Memang susah jugak kadang-kadang bila tak sependapat tapi aku pikirkan positif.

Aku suka keadaan yang sibuk (walaupun kadang-kadang tido tak cukup) tapi dengan melakukan sesuatu aku tidak akan memikirkan perkara yang remeh temeh.aku suka kan keadaan begitu. Semester ini agak mecabar lebih mencabar berbanding dulu.

Semester dulu pun result aku cukup-cukup je 3.pointer. Alhamdulilah aku bersyukur sekurang2nya aku masih ditahap selamat tapi bukan bermakna aku tidak perlu melakukan apa-apa untuk menaik kan balik pointer aku. Teruk sangat jatuh pada semester 3.

Semester ini aku berazam untuk menaikkan semula pointer aku.aku cuba yakinkan diri aku yang aku mampu. terus terang, aku katakan hampir kesemua subject semester ini begitu mencabar, mencabar dari segi pembelajaran nya dan juga peperiksaan. Ya Allah berjayakanlah hambaMu ini di Dunia dan di Akhirat.

Sahabat ku pernah berkata bahawa sesibuk mana pun kita kembalilah kepada Allah. sewajibnya kita peruntukan masa kita kepada Allah. Dekatkan diri dengan Allah Supaya Allah permudahkan segala perjalanan serta pekerjaan kita.


Ye. Memang betul dan tepat sekali. Sesibuk mana pun kita apabila kita berdoa kepada Allah dan mendekatkan diri kepada Allah perjalanan pekerjaan kita semakin bertambah mudah.

Aku bermohon kepada Allah supaya aku tidak menjadi seorang manusia yang alpa mengejar cita-cita duniaserta aku bermohon Ya Allah agar aku tidak berpaling dari agamaMu ya Allah

Aminnn...!








No comments:

Post a Comment